Jakim tak terima bukti nasab Mawla Amin

Jakim tak terima bukti nasab Mawla Amin

Jakim mengeluarkan kenyataan itu susulan dakwaan Nur Al Mustafa Malaysia yang kononnya telah mengemukakan bukti dokumen lelaki warga Maghribi itu.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menjelaskan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang bukti dokumen berhubung nasab ‘Mawla Amin’ seperti didakwa pihak tertentu. (Gambar Pinterest)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak menerima sebarang bukti dokumen berhubung nasab ‘Mawla Amin’ seperti didakwa pihak tertentu.

Perkara itu dinyatakan Jakim dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook rasmi jabatan itu hari ini.

“Susulan kenyataan dibuat pihak Nur Al Mustafa Malaysia dalam sidang media yang diadakan berhubung nasab ‘Mawla Amin’ bahawa mereka telah mengemukakan bukti dokumen berkaitan kepada Jakim, dimaklumkan bahawa Jakim tidak menerima sebarang dokumen sebagaimana yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi dan dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad.

Pada 22 Feb lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan masyarakat terutamanya umat Islam supaya tidak terlalu taasub kepada mana-mana individu, sebaliknya perlulah sentiasa berpegang kepada neraca ilmu dan fakta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.