
Harian Metro melaporkan Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu selepas Ahmed Waqar, 30, mengekalkan pengakuan bersalah dalam sebutan kes hari ini.
Tertuduh turut diperintahkan menjalani hukuman penjara lapan bulan, jika gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Urdu, Ahmed didakwa mengganggu Chien Wen Wen, 30, berulang kali dengan menghendap melalui tingkap belakang sebuah rumah di Bukit Beruang 3, Melaka antara 5.52 pagi hingga 6.10 pagi 14 Nov hingga 6 Dis 2023.
Dia didakwa mengikut Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 507A(3) akta sama.
Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana perbuatan itu menimbulkan ketakutan kepada mangsa.
Tetapi, peguam Umar Zulkarnain yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan sudah insaf dan berjanji menghormati peraturan serta undang-undang negara ini.