Polis tahan juruteknik selepas isteri, 2 anak ditemui mati

Polis tahan juruteknik selepas isteri, 2 anak ditemui mati

Polis menerima makluman kejadian itu pada 9.25 malam tadi.

Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
SEREMBAN:
Polis menahan seorang juruteknik berusia lingkungan 30an bagi membantu siasatan, susulan penemuan mayat isterinya dan dua anak perempuan di sebuah rumah, di Lenggeng, Nilai, semalam.

Ketua Polis Nilai Abdul Malik Hasim berkata Balai Polis Lenggeng menerima panggilan daripada seorang lelaki berhubung seorang wanita dan dua orang kanak-kanak yang ditemukan mati di sebuah taman perumahan di kawasan itu pada 9.25 malam tadi.

Beliau berkata polis yang membuat siasatan susulan kemudiannya menemui mayat wanita berumur 34 tahun itu dan dua anaknya berumur enam dan tiga tahun.

“Turut ditemukan di tempat kejadian adalah nota yang menyatakan hasrat mahu membunuh diri kerana masalah rumah tangga. Ketiga-tiga mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Malik berkata sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Nilai kemudiannya menahan suami wanita berkenaan pada pukul 1 pagi tadi, dan dan lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.