
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, berkata 18 pekerja itu “terdedah gas ammonia” dihantar ke tiga hospital berlainan bagi rawatan.
Katanya, 10 daripadanya dirawat di Hospital Shah Alam, lima di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, dan tiga lagi di Hospital Sungai Buloh.
Semalam, Bernama melaporkan 10 pekerja dihantar ke Hospital Shah Alam selepas berlaku kebocoran gas di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7.
Bomba Selangor berkata, anggotanya digegaskan ke lokasi kejadian susulan panggilan kecemasan akibat injap tangki penyimpanan gas itu bocor.
Sementara itu, Dzulkefly mengumumkan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) yang mewakili 16 syarikat insurans akan memberikan sumbangan 100,000 dos suntikan HPV kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
“Sumbangan ini signifikan membantu program vaksinasi HPV di seluruh negara oleh NCSM,” katanya.