Tambang Shuttle Tebrau RM5 sehala untuk warganegara Malaysia mulai 1 Ogos

Tambang Shuttle Tebrau RM5 sehala untuk warganegara Malaysia mulai 1 Ogos

Warganegara Malaysia perlu mendaftar di aplikasi KITS dan mengesahkan kad pengenalan terlebih dahulu di kiosk tiket untuk menikmati harga tambang itu.

Warganegara Malaysia perlu mendaftar di aplikasi KITS dan mengesahkan kad pengenalan terlebih dahulu di kiosk tiket untuk menikmati harga tambang itu. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Bermula 1 Ogos ini, warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan tren Shuttle Tebrau akan menikmati tambang RM5 sehala dari JB Sentral ke Woodlands, Singapura dan sebaliknya, dengan jualan tiket akan mula dibuka pada 29 Feb ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan pada masa ini, kadar tambang dari JB Sentral ke Woodlands ialah RM5 manakala bagi perjalanan sehala dari Woodlands ke Johor Bahru SGD5.

“Pelarasan semula kadar tambang ini akan memanfaatkan kira-kira 40,000 rakyat Malaysia yang bergantung kepada mod perkhidmatan kereta api untuk berulang-alik antara JB Sentral dan Woodlands, apabila tidak perlu lagi membayar tambang berharga SGD5 dari Woodlands,” kata KTMB dalam kenyataan.

Bagi menikmati keistimewaan itu, KTMB berkata, warganegara Malaysia perlu mendaftar di aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan membuat pengesahan kad pengenalan terlebih dahulu di kiosk tiket atau kaunter tiket di seluruh rangkaian KTMB.

KTMB juga akan membuka kaunter tambahan di JB Sentral bagi memastikan kelancaran pengesahan kad pengenalan yang dilaksanakan dari 19 Feb hingga 1 Mac.

Menurut kenyataan itu, pengesahan kad pengenalan adalah sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan tambang ini.

Pengguna juga dinasihatkan mendaftar akaun KITS dan pembayaran tiket boleh dilakukan melalui KTM Wallet, E-wallet Touch & Go, E-wallet Boost, kad debit serta kad kredit.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-22671200 atau melalui Messenger Facebook rasmi KTMB untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.