
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata semua suspek yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 42 tahun dipercayai berperanan sebagai keldai akaun dan pemilik syarikat yang digunakan dalam penipuan itu.
Beliau berkata siasatan awal mendapati keldai akaun yang ditahan ini menerima bayaran antara RM300 hingga RM400 untuk sindiket menggunakan akaun bank mereka.
“Ekoran penahanan itu, polis percaya telah berjaya menyelesaikan 61 kes penipuan oleh sindiket ini yang melibatkan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM28.92 juta,” katanya dalam sidang media mingguan JSJK di sini hari ini.
Beliau berkata dalam operasi itu, polis turut merampas 11 telefon bimbit, sembilan kad pengeluaran wang (ATM), serta wang tunai berjumlah RM377.