Pesawat ringan dipercayai terhempas di Klang

Pesawat ringan dipercayai terhempas di Klang

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Beberapa video tular menunjukkan serpihan pesawat dipercayai terhempas di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Tok Muda di Kapar, Klang.
PETALING JAYA:
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian sebuah pesawat ringan yang dilaporkan terhempas di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang.

Hussein berkata pihak berkuasa akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung perkara itu, lapor Kosmo.

Terdahulu tular di media sosial video memaparkan serpihan dipercayai pesawat ringan di sebuah ladang kelapa sawit.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung perkara itu termasuk jumlah mangsa dalam pesawat masih belum diketahui.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.