
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata pihaknya akan memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk setiap taman rekreasi berkenaan.
“Pembinaan tersebut bagi menambah taman rekreasi awam sedia ada, yang bertujuan bagi mewujudkan persekitaran hijau yang selesa dan selamat kepada penduduk sekitar di kawasan perumahan.
“Taman rekreasi awam ini dibina sebagai satu fisioterapi kepada penduduk…bila ada taman untuk mereka beriadah maka memang ia akan membawa satu faedah yang bermanfaat,” katanya menurut Bernama.
Beliau yang merasmikan pembangunan landskap persekitaran kehidupan di Taman Woodlands, Bandar Baru Tambun, Ipoh, berkata, KPKT memperuntukkan RM10 juta untuk membina 22 taman rekreasi awam di Perak dan kerja pembinaannya akan siap sepenuhnya pada tahun ini.
Beliau berkata bagi melibatkan komuniti setempat, kementerian menggalakkan orang ramai menyumbangkan benih pokok, yang kemudiannya dinamakan atas nama keluarga mereka.
Nga berkata inisiatif tersebut dilihat mampu mengurangkan vandalisme yang banyak berlaku di taman rekreasi awam.