
Mohd Noor Nashriq Nawawi, 28, juga mengaku bersalah gagal mematuhi isyarat untuk berhenti yang diberikan oleh Pembantu Penguatkuasa JPJ, Ahmad Shukri Ibrahim, 41, pada masa dan lokasi sama.
Nashriq membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman, lapor Harian Metro.
Menurut tuduhan pertama, Nashriq didakwa cuba membunuh dengan melanggar pegawai JPJ, Mohamed Azrin Abdul Wahab, 44, ketika memandu Perodua Kancil hingga mangsa cedera.
Perbuatan itu dilakukan di sekatan jalan raya di hadapan Akademi JPJ Malaysia Wilayah Timur, Jalan Kuala Krai, pada 9 malam, 19 Jan lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Bagi tuduhan kedua, Nashriq didakwa gagal mematuhi isyarat untuk berhenti yang diberikan oleh Pembantu Penguatkuasa JPJ, Ahmad Shukri Ibrahim, 41, pada masa dan lokasi yang sama.
Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 78(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Nooriah kemudian menetapkan 20 Feb ini sebagai tarikh jatuh hukum dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.