Mayat terapung di tasik Shah Alam disyaki warga asing

Mayat terapung di tasik Shah Alam disyaki warga asing

Pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka melecet pada leher sebelah kanan dan kiri serta luka kecil pada pipi dan hidung.

Anggota forensik memeriksa mayat yang ditemui di Tasik Seksyen 14 Shah Alam. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Tasik Seksyen 14 Shah Alam pagi tadi.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang menemui mayat berpakaian lengkap itu kira-kira 8.19 pagi.

“Siasatan awal mendapati si mati merupakan lelaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri disyaki warga asing kerana tidak mempunyai suntikan BCG di bahu sebelah kiri.

“Pemeriksaan forensik mendapati terdapat kesan luka melecet pada leher di sebelah kanan dan kiri serta luka kecil pada pipi dan hidung. Tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh si mati yang boleh menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan.

Iqbal berkata, mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Ahmad Fazlin Rasli di talian 012 5113584,” katanya memaklumkan siasatan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.