
Ketua Polis Tapah, Mohd Naim Asnawi berkata, pasukan khas IPD Tapah dan pasukan gerakan am menahan tujuh etnik Rohingya di sebuah kebun di Felcra Jalan Kachu, di sini, kira-kira 3 petang tadi hasil maklumat orang awam.
Ini bermakna berbaki 31 Pati masih bebas.
“Mereka tiada pakaian, bekalan makanan, jadi mereka tidak akan pergi jauh,” katanya dalam sidang media di Hentian Rehat dan Rawat Tapah arah selatan.
Dalam kejadian 9.50 malam 1 Feb lalu, 131 tahanan terdiri daripada etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh meloloskan diri dari Depot Imigresen Bidor, selepas merusuh serta merosakkan pagar depot.
Bagaimanapun, dua tahanan lolos itu meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya.