
Ketua Polis Pulau Pinang, Khaw Kok Chin berkata reman semua suspek dalam lingkungan 24 hingga 48 tahun itu sepatutnya tamat hari ini, namun pihaknya memohon disambung bagi melengkapkan siasatan.
“Mereka yang berpangkat lans koperal hingga sarjan itu disambung reman hingga 9 Feb ini bagi membantu siasatan kes tersebut. Kami sedang melengkapkan kertas siasatan itu.
“Seterusnya, kertas siasatan akan diserah kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama.
Menurutnya, lima anggota polis itu bertugas di IPD Seberang Perai Tengah dan kes disiasat bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, pihaknya sedang memperincikan langkah penukaran pegawai dan anggota sudah lama bertugas di unit sama ke bahagian lain bagi mengelakkan aktiviti rasuah serta pemerasan.