
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata daripada jumlah itu, 66 Pati ditahan polis dan 25 lagi oleh Jabatan Imigresen.
“Hari ini, lapan Pati etnik Rohingya ditangkap di kawasan Hutan Jalan Kachu, Tapah, Hab Getah Bidor serta Kampung Senta Bidor.
“Polis menyeru orang ramai terus bekerjasama bagi mengesan baki tahanan masih bebas,” katanya menurut Bernama.
Dalam kejadian 9.50 malam Khamis lalu, 131 tahanan terdiri daripada etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh meloloskan diri dari Depot Imigresen Bidor, selepas merusuh serta merosakkan pagar depot.
Bagaimanapun, dua tahanan lolos itu meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya.