Maxis siasat dakwaan pelanggaran keselamatan siber

Maxis siasat dakwaan pelanggaran keselamatan siber

Maxis berkata, ia mengenal pasti insiden disyaki membabitkan capaian tanpa izin terhadap satu daripada sistem vendor pihak ketiganya.

Maxis berkata, langkah pertahanan tambahan sedang dilaksanakan untuk meningkatkan keteguhan sistemnya bagi mengurangkan risiko lanjut. (Gambar AP)
KUALA LUMPUR:
Maxis Bhd memulakan siasatan untuk menentukan kesahihan dakwaan pelanggaran keselamatan siber terhadap sistemnya.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu berkata, pihaknya “tidak mengesan apa-apa berkaitan sistem kami (tetapi telah) mengenal pasti insiden yang disyaki membabitkan capaian tanpa izin terhadap satu daripada sistem vendor pihak ketiganya di luar persekitaran rangkaian dalaman Maxis”.

“Kami sedang bekerjasama dengan mereka untuk menyiasat lebih lanjut dan telah memaklumkan pihak berkuasa berkaitan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, portal teknologi hari ini melaporkan R00TK1T ISC Team mendakwa mereka mendapat akses data kepunyaan Maxis Communications.

Maxis berkata, langkah pertahanan tambahan sedang dilaksanakan untuk meningkatkan keteguhan sistemnya bagi mengurangkan risiko lanjut.

“Kerahsiaan dan keselamatan pelanggan sangat penting bagi kami dan keutamaan berterusan kami adalah penilaian dan pembendungan menyeluruh. Kami akan terus menyediakan kemas kini diperlukan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.