Saliran kolam renang bocor mungkin punca tanah runtuh di Bangsar

Saliran kolam renang bocor mungkin punca tanah runtuh di Bangsar

Pasukan bomba mengosongkan sisa air kolam renang bagi mengelakkan tanah semakin lembab dan potensi hakisan tanah.

Keadaan runtuhan tanah di sebuah rumah di Taman Bukit Pantai, Bangsar hari ini. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Runtuhan tanah di sebuah kawasan perumahan di Taman Bukit Pantai, Bangsar pagi tadi mungkin berpunca daripada kebocoran saliran air kolam renang unit rumah atas.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Mustafa Kamal Mohd Arih berkata, pihaknya mengosongkan sisa air kolam renang bagi mengelakkan tanah semakin lembab dan potensi hakisan tanah.

“Tiada mangsa terperangkap dan struktur rumah terlibat,” katanya dalam kenyataan sambil memaklumkan dua jentera FRT bersama 17 anggota digerakkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 10.45 pagi tadi.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada Unit Cerun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis dan kontraktor rumah untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.