2 budak lemas di Lahad Datu

2 budak lemas di Lahad Datu

Mayat mangsa kedua ditemukan abangnya pada 11.30 pagi tadi, manakala mangsa pertama meninggal dunia pada 4 pagi.

Kedua-dua mangsa berusia 11 tahun lemas ketika mandi di sungai Kampung Tabanak. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua kanak-kanak ditemukan lemas pagi tadi ketika mandi di sungai Kampung Tabanak, Lahad Datu.

Seorang daripada dua kanak-kanak, masing-masing berusia 11 tahun, itu meninggal dunia sekitar 4 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Mayat mangsa kedua ditemukan abangnya pada 11.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, lapan anggota dan pegawai bersama tiga jentera termasuk bot penyelamat digerakkan selepas panggilan kecemasan diterima pada 4.39 petang semalam.

“Operasi turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu.

“Sebaik tiba, pasukan bomba dimaklumkan dua orang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai berkenaan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.