
Timbalan CEO Roslan Abdullah menegaskan bahawa Proton menyokong usaha melindungi pengguna. “Kami berharap undang-undang sedemikian turut melindungi pekilang, kerana kami juga pengguna.”
“Kami juga bergantung kepada barang-barang daripada pihak lain dan terdedah kepada anasir-anasir seperti mana pengguna lain,” katanya kepada pemberita, selepas memeriksa Pusat 3S Proton Vivahill.
Baru-baru ini kerajaan mengumumkan ia sedang mengkaji undang-undang “lemon law” dan amalan terbaik di negara-negara lain.

Perkembangan itu menyusuli laporan tentang kenderaan baharu beli yang rosak dan tular di media sosial, antaranya kes sebuah kenderaan rosak lapan jam selepas dibeli atau kenderaan tersadai empat bulan di pusat penyelenggaraan.
Singapura, Filipina, China, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat antara negara yang mempunyai undang-undang “lemon law”. “Lemon” merujuk kepada produk rosak, prestasi buruk, atau tidak tahan lama.