
“Undi Gerakan meningkat sejak menyertai Perikatan Nasional (PN), khasnya selepas PRN Melaka dan Johor serta PRU15.
“Ini menunjukkan kerelevanan kami,” katanya dalam taklimat media.
Gerakan mentadbir Pulau Pinang dari 1969 hingga 2008 ketika menganggotai Barisan Nasional. Tetapi, ia kehilangan negeri itu kepada DAP, yang ketika itu sebahagian daripada Pakatan Rakyat, pada PRU 2008.
Selepas prestasi buruknya pada PRU 2018 dan susulan kejatuhan kerajaan BN buat julung kali dalam sejarah negara, Gerakan meninggalkan BN pada Jun 2018. Pada Februari 2021, ia menyertai PN.
Lau yang juga timbalan pengerusi PN menyangkal dakwaan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bahawa Bersatu hilang hala tuju.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga mendakwa Bersatu jarang menemui Ahli Parlimennya untuk membincangkan dan menangani cabaran dihadapi di kawasan mereka.
Tetapi, beliau menegaskan semua isu, sama ada nasional atau tempatan, dibincangkan secara kolektif dalam mesyuarat peringkat tertinggi PN untuk mencari penyelesaian.
“Apa yang didakwa Syed Hussin tidak benar kerana kami mengadakan mesyuarat dalam Majlis Tertinggi gabungan, di mana kami berkongsi pendapat, cadangan dan membuat keputusan bersama.”
Katanya, sebarang perselisihan faham boleh diselesaikan melalui perbincangan, khasnya dalam Gerakan.
“Jika ada isu, ahli boleh bangkitkandan kita boleh selesai di peringkat parti. Tetapi, jika Gerakan tak dapat selesai sesuatu masalah, kita bawa ke peringkat PN dan selesaikan.”