
“Minta maaf jika saya katakan dasar pendidikan kita berubah-ubah,” katanya ketika merasmikan program Affin Bank Market Outlook 2024 di Menara Affin.
“Kadang-kadang menteri ini ambil alih, suatu dasar dipakai. Menteri seterusnya datang, ia berubah.”
Beliau mempertahankan pendirian kerajaan Sarawak menggunakan bahasa Inggeris dalam pendidikan, selain menggesa rakyat menguasainya seiring bahasa Melayu.
“Ada yang menyatakan, ‘Kenapa Sarawak menunjuk-nunjuk menggunakan bahasa Inggeris?
“Tetapi ini penting. Anda perlu akui fakta bahawa anda perlukan bahasa Inggeris. Jika mahu mahir guna peranti digital, anda perlu baca manual yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.”
November lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan perlunya sistem pendidikan kebangsaan bagi meningkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar mulai tahun ini.
“Kalau anak itu anak Malaysia, wajib menguasai bahasa Melayu dengan baik,” katanya.
Pada masa sama, katanya, pelajar khususnya di sekolah kebangsaan mesti diberi fokus supaya penguasaan bahasa Inggeris lebih baik daripada sekarang, sehingga mampu penguasaan sekurang-kurangnya dwibahasa.
Pada bulan sama, seorang aktivis pendidikan berkata keputusan kerajaan untuk menghapuskan sekolah medium bahasa Inggeris demi menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan beri kesan kepada negara.
Pengerusi Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim berkata, pada 2003, perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Sembilan tahun kemudian, Muhyiddin Yassin, timbalan perdana menteri pada masa itu, membatalkan keputusan berkenaan. Pada 2016, Muyiddin memperkenalkan program dwibahasa (DLP) yang membolehkan ibu bapa menentukan bahasa mana yang mereka ingin gunakan untuk mengajar sains dan matematik kepada anak mereka.
Bagaimanapun, Azimah berkata penerimaan DLP sangat rendah iaitu hanya sekitar 1,000 negara di seluruh negara menyertainya.
Pada masa ini, hanya Sarawak mengajar matematik dan sains sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.