
Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata bom jenis ‘Aerial’ dengan ukur lilit 82.2cm dan 98cm panjang itu ditemukan pada 9.41 pagi ketika kerja-kerja penggalian longkang oleh pekerja di tapak pembinaan tersebut.
“Kita terima laporan berkaitan penemuan satu objek menyerupai bom di tapak pembinaan berkenaan.
“Sepasukan anggota dari Unit Pemusnahan Bom telah pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa objek itu merupakan satu unit bom,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata bom tersebut berjaya dimusnahkan dan tiada sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom itu dilakukan.