
Katanya, Ahli Parlimen itu dijangka berbuat demikian menjelang sidang Parlimen yang akan bermula 26 Feb ini.
Beliau berkata, mereka berbuat demikian kerana amat kecewa dengan parti dan merasakan tidak dihargai serta terjaga.
“Sehingga hari ini, Bersatu tiada arah tuju yang jelas…jarang mengajak Ahli Parlimennya berbincang bagaimana mahu mengekalkan (kebajikan) kawasan.
“Kewangan menjadi masalah yang besar. Jika parti tidak ambil perhatian, siapa lagi?” katanya dalam sidang media di Puchong hari ini.
Rabu lalu, seorang lagi wakil rakyat Bersatu di Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.
Sebelum ini, lima Ahli Parlimen Bersatu lain termasuk Syed Hussin menyatakan sokongan kepada Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan presiden PKR.
Empat lain adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Sementara itu, Syed Hussin berkata, Ahli Parlimen Bersatu yang lain sedar bahawa mereka perlu mengurus dan menjaga kawasan mereka dengan berkesan, bagaimanapun pembangkang tidak mengambil tawaran berunding dengan kerajaan berkaitan peruntukan.
Tambahnya, “tidak mudah” bagi enam Ahli Parlimen, termasuk dirinya untuk mengambil keputusan menyokong Anwar.
“Kami dituduh, difitnah, dan dihina. Kami (juga) dilabel sebagai pengkhianat dan semua itu,” katanya.