
Mangsa dipercayai dijaga oleh pasangan suami isteri tersebut, yang juga ibu bapa saudaranya, apabila ibu bapanya bekerja.
Apabila bayi itu tidak sedarkan diri bawah jagaan mereka, bapa saudaranya berusia 20-an membawa mangsa ke Hospital Shah Alam namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika rawatan.
Hasil pemeriksaan dan bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada badan mangsa, dipercayai akibat didera.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kes diklasifikasikan sebagai bunuh.
“Susulan (bedah siasat), kita membuat dua tangkapan, iaitu sepasang suami isteri, dan mereka akan direman,” katanya kepada Kosmo.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak 2001.