
Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu pihaknya menerima panggilan dari orang awam bahawa rumahnya dipecah masuk.
Katanya, susulan aduannya polis mengarahkan pasukan yang membuat rondaan bergegas ke lokasi kejadian.
“Sampai dilokasi kejadian anggota yang membuat rondaan mengesan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dan terus bertindak mengejar kenderaan itu,” katanya menurut Sinar Harian.
Katanya, semasa dikejar penumpang sebelah kiri hadapan kereta terbabit telah mengeluarkan objek menyerupai pistol.
“Anggota polis yang bertugas kemudian mendengar dentuman yang kuat pada cermin hadapan kereta jenis Proton Preve yang dinaiki mereka,” katanya.
Zaki berkata, anggota polis yang mengejar suspek tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Katanya, kereta dinaiki suspek ditemukan di Taman Desa Rahmat, Kubang Kerian tetapi suspek telah melarikan diri.
Menurutnya ,kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39(a) Akta Senjata Api 1960.