Putrajaya belum buat keputusan campur tangan kadar upah p-panggilan

Putrajaya belum buat keputusan campur tangan kadar upah p-panggilan

Menteri komunikasi berkata penurunan kadar upah penunggang p-panggilan atas budi bicara serta pertimbangan syarikat terbabit.

Jumaat lalu, Persatuan Penghantar P-Hailing menggesa kerajaan bertindak tegas, selepas menyifatkan pengurangan tambang asas RM5 kepada RM4 keterlaluan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kerajaan belum memutuskan sama ada mahu campur tangan dalam keputusan penyedia perkhidmatan berkaitan kadar upah penunggang p-panggilan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata penurunan kadar upah penunggang p-panggilan atas budi bicara serta pertimbangan syarikat terbabit.

“Keputusan terletak kepada penyedia perkhidmatan dan ‘riders’. Mungkin ‘riders’ dalam satu syarikat merasakan syarikat lain sediakan upah lebih baik, maka mereka boleh berhijrah ke syarikat (lain),” katanya selepas pelancaran Pakej P-panggilan Rahmah di Angkasapuri.

Fahmi ditanya tindakan kerajaan terhadap penyedia perkhidmatan menurunkan kadar caj upah penghantar.

Jumaat lalu, Persatuan Penghantar P-Hailing menggesa kerajaan bertindak tegas, selepas menyifatkan pengurangan tambang asas RM5 kepada RM4 keterlaluan.

Fahmi berkata, pihaknya mengadakan pertemuan dengan syarikat P-panggilan pada Ogos 2023 bagi mencari jalan tengah.

“Tapi kita sedia maklum, ekonomi gig ni dinamik dan berubah bagi syarikat tersebut dan di situ kita lihat ‘free market’. Kalau kita lihat ada pulangan lebih itu juga satu peluang, tapi masa sama kita tegaskan aspek keselamatan sosial pekerja (p-panggilan).”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.