
Hakim Azizul Azmi Adnan yang bersidang bersama dua lagi hakim berkata semakan yang dipohon dianggap sebagai bersifat akademik oleh peristiwa sebelum ini.
Membaca alasan secara umum, Azizul berkata panel tidak akan memberikan sebarang pendapat walaupun keputusan yang sebelum ini dibuat berhubung dengan lanjutan lesen dan pindaan terhadap syarat-syarat awal adalah tidak sah.
Azizul berkata Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membuat keputusan yang betul apabila menolak semakan kehakiman yang dibuat pada 28 Julai 2021.
Dua lagi panel rayuan adalah Hakim Supang Lian yang menjadi pengerusi dan Mariana Yahya. Panel itu mendengar rayuan tersebut pada November tahun lalu.
Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas Tan Bun Teet dan dua penduduk Ismail Abu Bakar serta G Ponusamy memfailkan permohonan semakan kehakiman keputusan kerajaan PH itu pada 8 Nov 2019.
Mereka mahu mahkamah membatalkan keputusan yang dibuat pada 15 Ogos 2019 yang dibuat perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad dan Jemaah Menteri yang membenarkan lesen Lynas dilanjutkan selama enam bulan.