
“Supaya ia (pelantikan speaker Dewan Negara) dapat disegerakan,” katanya dalam satu majlis di Universiti Malaya.
Kenyataannya itu susulan laporan media sebelum ini bahawa Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Negara dan sedang bersiap sedia dilantik sebagai Yang di-Pertua Sarawak kelapan.
Beliau dikatakan bakal menggantikan Taib Mahmud.
Dalam pada itu, Anwar berkata proses pelantikan TYT yang baharu dikemukakan oleh Premier Sarawak Abang Johari Openg dan beliau telah mengemukakan nama calon kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu untuk perkenan.
“…dan mungkin akan diumumkan satu dua hari ini,” katanya.
FMT telah menghubungi Wan Junaidi untuk mendapat maklum balasnya.