Samun bersenjata, polis tahan lelaki warga asing

Samun bersenjata, polis tahan lelaki warga asing

Suspek dipercayai menyamun sebuah kedai haiwan di Ampang pada Nov lalu.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail, berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan di sekitar Ampang. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Polis menahan seorang lelaki warga asing disyaki terlibat kes samun berkawan bersenjata di sebuah kedai haiwan di Taman Muda, Ampang pada 22 Nov lalu.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail, berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan di sekitar Ampang pada Jumaat, susulan aduan oleh pemilik kedai haiwan itu yang berumur 54 tahun.

Beliau berkata, dalam kejadian samun itu 3.56 petang itu, suspek dipercayai memasuki kedai haiwan berkenaan dan mengeluarkan sebilah parang untuk menyamun, manakala seorang lagi rakannya menunggu di luar kedai.

Sementara itu, seorang lelaki dikehendaki polis berkaitan kes dadah, ditahan di Jalan Hujan Gerimis, Overseas Union Garden di sini dua hari lepas, kerana disyaki terlibat mencuri kabel.

Azam berkata, penahanan lelaki berusia 34 tahun itu dibuat susulan laporan oleh seorang juruteknik pada 11.49 pagi pada hari sama, selepas mendapati ada kabel yang telah dipotong dan dicuri, dan menurutnya kabel yang hilang dianggarkan sepanjang 150m bernilai kira-kira RM6,000.

“Hasil ujian air kencing mendapati pemandu lori itu positif dadah, dan mempunyai 18 rekod berkaitan jenayah serta dadah, Suspek kini direman hingga 23 Jan depan,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.