
PETALING JAYA: Sepuluh individu ditahan di Pontian, Johor Rabu lalu kerana disyaki terbabit aktiviti penyeludupan migran.
Ketua Polis Pontian, Mohammad Shofee Tayib berkata, mereka termasuk dua tekong laut, dua tekong darat, seorang “transporter” dan lima migran yang cuba keluar masuk ke Malaysia menerusi jalan tidak diwartakan.
“Selain menahan 10 individu tersebut, polis turut merampas sebuah kereta dan bot dipercayai digunakan sebagai pengangkutan dalam aktiviti tersebut,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 26A dan 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.