
Ini menjadikan lima lelaki ditahan setakat ini.
Ketua Polis Seremban, Azahar Abdul Rahim, berkata dua suspek berusia 30-an itu ditahan di Bagan Serai, Pulau Pinang awal pagi semalam.
“Pihak kami masih menjalankan siasatan berhubung pembabitan suspek terbaru ini dalam kes berkenaan,” katanya menurut Berita Harian sambil menambah dua suspek itu direman lima hari hingga 19 Dis ini untuk melengkapkan siasatan.
Bagi tiga suspek yang ditahan sebelum ini, beliau berkata, reman mereka tamat semalam dan disambung sehingga 19 Dis ini.
Menurutnya, kertas siasatan dijangka dirujuk ke IPK Negeri Sembilan 18 Dis ini, sebelum diserahkan ke pejabat pendakwaan negeri.
Azahar berkata, mangsa yang cedera ditembak itu kini dalam keadaan stabil.
Media pada 10 Dis lalu melaporkan seorang daripada mangsa tembakan di Jalan Rasah meninggal dunia ketika dirawat di hospital kira-kira 12.50 tengah hari.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 7 pagi, dua lelaki tempatan parah selepas dikatakan ditembak dalam Perodua Myvi, sebelum mereka dikejarkan ke hospital oleh orang awam.