
Selepas mendengar keterangan saksi, Majistret Sasha Diana Sabtu berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa tertuduh menghendap seorang wanita, Acacia Mardiana Daud.
Namun, menurut majistret, Safiq tidak tahu sifat atau akibat kesalahan itu kerana tidak waras ketika kejadian.
Oleh itu, mahkamah memutuskan pihak pembelaan berjaya membuktikan Safiq tidak waras, menurut Seksyen 84 Kanun Keseksaan.
Seksyen 84 menyatakan “tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang, pada masa melakukannya, oleh sebab akalnya tidak sempurna, tidak berupaya mengetahui keadaan perbuatan itu atau bahawa apa yang dilakukannya itu sama ada salah atau berlawanan dengan undang-undang.”
Diana memerintahkan Safiq dikurung di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk seberapa lama mengikut kehendak Sultan Selangor, mengikut Seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah.
BERITA LANJUT MENYUSUL