
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama berkata, keputusan itu diperoleh hasil saringan air kencing terhadap lelaki ditahan itu pada Jumaat lepas.
Jumaat lalu, Yusri dilaporkan berkata, lelaki itu ditahan di Shah Alam, Selangor kira-kira 4 pagi dan direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan.
Katanya, polis turut merampas dua telefon bimbit dalam tangkapan tersebut dan semakan mendapati lelaki itu tiada rekod jenayah lampau.
Kelmarin, Yusri mengesahkan lelaki berusia 30-an itu bukan ahli mana-mana parti politik dan polis masih menyiasat motif kejadian.
Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, rumah Ngeh dipercayai dilontar “molotov cocktail” menyebabkan sebuah keretanya musnah, manakala dua lagi kenderaan mengalami kerosakan.