Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Pahang, Johor hingga Ahad

Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Pahang, Johor hingga Ahad

Daerah dijangka terjejas termasuk Rompin di Pahang serta Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di beberapa lokaliti di Pahang dan Johor mulai hari ini hingga Ahad. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa lokaliti di Pahang dan Johor, dijangka berlaku mulai hari ini hingga Ahad.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kedua-dua lokaliti itu membabitkan Rompin di Pahang serta Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Kenyataan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama di kedua-dua negeri terbabit, melibatkan Pekan di Pahang dan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai serta Johor Bahru di Johor.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan hari ini di Sarawak, meliputi beberapa lokaliti iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, dan Mukah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.