2 polis ditahan kerja hingga siasatan kes rogol, samun selesai

2 polis ditahan kerja hingga siasatan kes rogol, samun selesai

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata mereka ditahan kerja sementara siasatan jenayah dan siasatan tatatertib dilengkapkan.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata polis juga akan mengambil keterangan semua individu terlibat termasuk penyelia dua anggota polis terbabit. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Dua anggota polis peronda yang ditahan kerana disyaki terlibat kes samun dan rogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View di sini, kini ditahan kerja hingga siasatan kes berkenaan selesai.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu.

“Ya, kedua-dua mereka ditahan kerja sementara siasatan jenayah dan siasatan tatatertib dilengkapkan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata polis juga akan mengambil keterangan semua individu terlibat termasuk penyelia dua anggota polis terbabit.

Dalam kejadian pada Selasa lepas, kedua-dua anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal berumur antara 20-an hingga 30-an itu dipercayai membawa penuntut dan rakan lelakinya ke tempat berasingan sebelum seorang daripada mereka bertindak merogol mangsa.

Kedua-dua anggota itu direman hingga Selasa ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.