
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat, berkata dengan pendaftaran itu mampu menjadi contoh terbaik kepada masyarakat
“Kita ada kira-kira 1.7 juta penjawat awam ketika ini dan sekiranya masing-masing mengambil tanggungjawab untuk mendaftar dengan lebih awal, Ceupacs yakin jumlah pendaftaran Padu akan meningkat dengan lebih mendadak.
“Cuepacs difahamkan ketika ini jumlah pendaftaran baru sahaja mencecah sejuta beberapa hari lalu,” katanya dalam kenyataan selepas lawatan Menteri Sumber Manusia Steven Sim ke Wisma Cuepacs.
Adnan berkata, pengumpulan data itu penting bagi membolehkan kerajaan menilai kemampuan sebenar kewangan penjawat awam yang akan menjadi sebagai satu justifikasi bagi peningkatan gaji dicadangkan oleh Cuepacs.
“Sokongan semua pegawai awam untuk segera mengambil tindakan mendaftar sistem Padu wajar dijadikan sebagai salah satu agenda utama dalam semua organisasi sektor awam awal tahun ini,” katanya.
Cuepacs turut menyeru semua pihak tidak menyebarkan gambaran salah mengenai sistem Padu terutama mengenai aspek keselamatannya.
“Semua pihak perlu yakin bahawa sistem yang dibina sepenuhnya oleh pasukan penjawat awam adalah selamat dengan meletakkan komitmen terhadap keselamatan dan privasi data sebagai keutamaan tertinggi,” katanya.