Wan Azri mengaku tak salah tuduhan menghasut

Wan Azri mengaku tak salah tuduhan menghasut

Pertuduhan dikenakan terhadap blogger itu yang mendakwa kerajaan pro-Israel dan pro-Barat pada 8 Nov 2023.

Jika didapati bersalah Wan Azri Wan Deris berdepan hukuman denda sehingga RM5,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Blogger Wan Azri Wan Deris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan membuat kenyataan menghasut terhadap kerajaan.

Wan Azri dikenakan satu pertuduhan bawah Akta Hasutan 1948 kerana mendakwa kerajaan “pro-Israel dan pro-Barat”.

Kenyataan itu didakwa dibuat dalam video Facebook pada 8 Nov 2023.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan denda sehingga RM5,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Hakim N Priscilla Hemamalini membenarkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan 7 Feb sebagai tarikh sebutan semula kes.

Wan Azri, yang juga bekas pemimpin Pemuda Umno diwakili peguam Rafique Rashid Ali, manakala P Kunyalam bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.