Wanita dicari bantu siasatan kes tipu katering kenduri kahwin

Wanita dicari bantu siasatan kes tipu katering kenduri kahwin

Media sebelum ini melaporkan sebuah keluarga kerugian lebih RM13,000 apabila katering yang menawarkan pakej kenduri kahwin tidak muncul.

Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata wanita berkenaan dikenali Fauziah Abdul Hamid dan beralamat terakhir di Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor. (Gambar PDRM)
SEREMBAN:
Polis sedang mengesan seorang wanita warga tempatan bagi membantu siasatan kes penipuan dalam urusan katering untuk majlis perkahwinan di Jempol pada Disember lepas.

Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata wanita berkenaan dikenali Fauziah Abdul Hamid, 40, dan beralamat terakhir di Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Jempol Sarjan Norhisham Zulkifli di talian 017-6219957 atau 06-458222 (102),” katanya dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian lebih RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin sehingga menyebabkan mereka terpaksa memasak sendiri hidangan untuk kenduri berkenaan yang berlangsung pada 24 Dis lepas.

Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.