
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Riad Asmat mengumumkan peletakan jawatannya hari ini.
Dalam catatan di Instagram, beliau memaklumkan akan berehat sebentar dan mungkin beralih kepada peranan penasihat bagi syarikat penerbangan tambang murah tersebut.
“Terima kasih (kepada semua kakitangan AirAsia) atas sokongan yang berterusan ketika susah dan senang.
“Saya sangat berbesar hati diberi peluang untuk bekerja dengan anda semua selama ini,” katanya.
Riad dilantik sebagai CEO AirAsia pada 10 Jan 2018 dan bertanggungjawab ke atas pengurusan operasi syarikat itu di Malaysia.