8 ditahan bergaduh di premis hiburan

8 ditahan bergaduh di premis hiburan

Polis berkata, siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan rasa tidak puas hati dalam urusan perniagaan.

Video tular memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di kawasan parkir sebuah premis hiburan pada Selasa lalu.
KUALA LUMPUR:
Lapan lelaki berusia 26 hingga 46 tahun ditahan kerana disyaki terbabit pergaduhan di sebuah premis hiburan di Jalan Raja Chulan di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, polis menerima laporan kejadian membabitkan sekumpulan individu itu pada 10.07 malam.

“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan rasa tidak puas hati dalam urusan perniagaan dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, tiga individu yang direman sehari sudah dibebaskan dengan jaminan polis, manakala lima lagi direman hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial video 45 saat memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di kawasan parkir sebuah premis hiburan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.