
Timbalan Ketua Polis Perak Tengah, Mohd Uzir Ismail berkata, ketika kejadian kira-kira 11.40 pagi Khamis, Toyota Hilux yang dipandu lelaki 39 tahun bersama seorang penumpang lelaki 25 tahun dalam perjalanan membawa muatan kelapa sawit dari ladang di Kampung Pulau Pisang.
“Dalam kemalangan ini, kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap dalam kereta semasa tenggelam dalam air sebelum diselamatkan pasukan bomba.
“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati lokasi kejadian ialah jalan lurus berlorong satu dan sempit, selain tidak berturap dan tidak berbatu, serta cuaca baik semasa kejadian.
Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian pemandu ialah lemas, manakala penumpang ialah “pulmonary oedema consistent with drowning due to motor vehicle accident”.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat trafik IPD Perak Tengah 014-6790829 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.