Lelaki rentung, motosikal terbakar kemalangan dengan lori

Lelaki rentung, motosikal terbakar kemalangan dengan lori

Mangsa ditemui rentung dengan kesan melecur 60% pada badan dalam kejadian di Changlun, Kedah semalam.

Beberapa anggota bomba melakukan pemeriksaan selepas sebuah motosikal terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lori di hadapan sebuah stesen minyak di Changlun. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki rentung selepas motosikal ditunggangnya terbakar dalam nahas dengan lori di hadapan sebuah stesen miyak di Changlun, Kedah, semalam.

Ketua Polis Kubang Pasu, Rodzi Abu Hassan, berkata pihak polis menerima maklumat kemalangan membabitkan sebuah lori dengan sebuah motosikal itu pada 5.45 petang.

“Penunggang motosikal disahkan maut dalam kejadian itu.

“Maklumat lanjut berhubung kejadian ini akan dimaklumkan kemudian kerana masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Zulkifli Manaf, berkata sepasukan anggota dari BBP Bukit Kayu Hitam dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada 5.36 petang.

Katanya, mangsa ditemui rentung dengan kesan melecur 60% pada badan.

“Dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi tidak lama kemudian,” katanya.

Katanya, pihak bomba menggunakan dua aliran saluran air dari jentera bomba untuk melakukan pemadaman sebelum berjaya mengawal api.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.