
Ketua Polis Port Dickson Aidi Sham Mohamed berkata tuduhan yang tular di aplikasi telegram sejak Isnin lalu adalah tidak benar dan berniat jahat.
“Siasatan awal mendapati kenyataan yang dikeluarkan itu tidak benar dan berniat jahat yang bertujuan menjatuhkan imej ketua balai tersebut.
“Setakat ini polis masih belum menerima sebarang laporan daripada individu yang terlibat mahupun pihak yang menjadi mangsa seperti didakwa,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, kata Aidi Sham, polis akan membuat siasatan lanjut dari sudut tatatertib dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada berlakunya pelanggaran disiplin.
Beliau juga menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan tuduhan palsu itu di media sosial kerana ia satu kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia.