Orang awam jumpa bom lama sebesar tong gas

Orang awam jumpa bom lama sebesar tong gas

Bom sebesar tong gas itu dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua.

Timbalan Ketua Polis Tampin Amiruddien Sariman berkata bom lama itu dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom IPK Negeri Sembilan. (Gambar Facebook)
TAMPIN:
Bilik Gerakan IPD Tampin menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan objek menyerupai bom lama di ladang Jelai, Gemas petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Tampin Amiruddien Sariman berkata bertindak atas maklumat itu, anggota Balai Polis Gemas bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati objek berkenaan merupakan bom sebesar tong gas, dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua.

“Anggota bertugas segera memasang tali garisan polis bagi memaklumkan lokasi terbabit sebagai kawasan larangan dan bahaya,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata Unit Pemusnah Bom IPK Negeri Sembilan dan IPD Tampin melaksanakan proses pemusnahan bom itu hari ini.

“Teknik pemusnahan bom secara ‘low order’ menggunakan ‘vulcan shaped charge’ yang menyebabkan bom akan meletup sehingga menjadi serpihan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.