
Kejadian dikatakan berlaku ketika remaja berusia 18 tahun itu mahu mengambil pakaiannya di balkoni.
Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata polis menerima laporan kejadian pada 8.17 malam.
Menurutnya, mayat remaja itu ditemukan di tingkat bawah bangunan setinggi 39 tingkat berkenaan.
“Hasil soal siasat dua saksi kejadian mendakwa remaja terbabit ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni.
“Dia dikatakan bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni. Mangsa hilang keseimbangan dan terjatuh ke bawah,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.
Noor Dellhan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan.