
Ketua Polis Johor Bahru Utara Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkaitan kejadian itu pada kira-kira 4.35 pagi.
Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada kira-kira 2.30 pagi apabila mangsa berusia 41 tahun disyaki ditikam dengan objek tajam, tambahnya.
Susulan itu, polis menahan seorang wanita warga asing berusia 41 tahun dan seorang lelaki warga asing berusia 24 tahun, yang juga adik mangsa, tidak sampai 24 jam selepas kejadian.
“Wanita tersebut ditahan di rumahnya manakala lelaki tersebut yang juga adik mangsa ditahan di tempat pembuangan sampah di kawasan Taman Ungku Tun Aminah.
“Turut dirampas sebilah pisau di lokasi kejadian,” kata Balveer Singh sambil menambah, reman bagi kedua-kedua suspek akan dimohon hari ini.
Punca kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Wong Chee Hoong di talian 016-6943836.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.