
Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan pada 12.04 tengah hari semalam berhubung kematian seorang lelaki.
Siasatan awal mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah Perodua Bezza, tambahnya.
“Lokasi kejadian bertempat di kawasan parkir kenderaan, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, Petaling Jaya.
“(Mangsa) dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh melebihi lima hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pihak polis meminta individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk hadir ke balai polis berdekatan atau berhubung dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara Mohd Nasir Mustapha di talian 01132052062 bagi membantu siasatan.
Media melaporkan semalam, mayat lelaki berkenaan ditemukan oleh orang awam yang berada di tapak jualan but tersebut.
Gambar dan video penemuan tersebut kemudian tular di media sosial sejak semalam.