Khalid cadang PH tubuh syarikat media macam Media Prima

Khalid cadang PH tubuh syarikat media macam Media Prima

Pengarah komunikasi Amanah itu berkata syarikat media dicadangkan itu berperanan menangkis 'propaganda negatif'.

Khalid Samad berkata, beliau ada mencadangkan penubuhan syarikat media dalam mesyuarat tertinggi PH.
KLANG:
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mencadangkan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan syarikat media bertujuan menyampaikan mesej gabungan itu kepada rakyat secara lebih berkesan.

“Dalam mesyuarat Majlis Pakatan Harapan…kita mesti usaha untuk tubuhkan satu syarikat media yang boleh menyaingi Media Prima.

“Mesti ada satu dasar yang ‘intentional’ untuk nak bangunkan satu syarikat media macam Media Prima,” katanya dalam penggulungan pada Konvensyen Nasional Amanah.

Khalid berkata, syarikat media itu berperanan ‘menangani propaganda negatif’.

“Sama ada kita kerajaan atau bukan kerajaan, kita boleh lawan media pihak atau golongan ‘ghuluw’ (melampau) atau khawarij,” katanya.

Media Prima adalah syarikat integrasi media merangkumi saluran televisyen, media cetak, radio, pengiklanan luar rumah, penciptaan kandungan, perdagangan dan media digital.

Media Prima mengoperasikan stesen TV seperti TV3, 8TV, ntv7, dan TV9.

Selain itu, konglomerat berkenaan juga memiliki The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, yang menerbitkan New Straits Times (NST), Berita Harian, dan Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.