Hasbie Muda terus pimpin Pemuda Amanah

Hasbie Muda terus pimpin Pemuda Amanah

Senator Hasbie Muda dipilih untuk memimpin Pemuda Amanah untuk sepenggal lagi.

Senator Hasbie Muda mendahului senarai 27 calon yang meraih undi terbanyak pada pemilihan Pemuda Amanah hari ini.
KUALA LUMPUR:
Senator Hasbie Muda terus memimpin Pemuda Amanah untuk sepenggal lagi, apabila terpilih untuk jawatan itu selepas pemilihan sayap hari ini.

Pemilihan yang selesai malam tadi menyaksikan Hasbie mendahului senarai 27 calon yang meraih undi terbanyak.

Hasbie terpilih untuk menjadi ketua sayap selepas peroleh sokongan secukupnya dalam perbincangan sesama 27 calon berkenaan, yang akan turut memilih dalam kalangan mereka empat lagi pemegang jawatan tinggi dalam Pemuda.

Berikut lima pemegang jawatan yang disepakati:

  • Ketua: Mohd Hasbie Muda
  • Timbalan ketua: Danial Al Rashid Haron
  • Naib ketua: Mohd Faris Ariffin, Mohd Ammar Atan, dan Mohd Zulhazmi Hassan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.