Sivarasa gugur sebagai naib ketua PKR Selangor

Sivarasa gugur sebagai naib ketua PKR Selangor

R Sivarasa sebelum ini digugurkan sebagai calon PKR di Parlimen Sungai Buloh yang diwakilinya selama 3 penggal.

R Sivarasa digantikan dengan Adun Sentosa Gunaraj George sebagai naib ketua PKR Selangor.
PETALING JAYA:
Bekas Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa digugurkan sebagai naib ketua PKR Selangor, kini hanya memegang jawatan ex-officio dalam jawatankuasa itu.

Beliau digantikan dengan Adun Sentosa Gunaraj George.

Sivarasa, bekas timbalan menteri luar bandar digugurkan pada saat akhir daripada mempertahankan kerusi Sungai Buloh pada PRU15. PKR meletakkan R Ramanan.

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata keputusan dibuat atas faktor kesihatan yang disahkan Sivarasa berkaitan masalah pita suara.

Ahli Parlimen tiga penggal itu bagaimanapun menegaskan beliau masih mahu mempertahankan kerusi berkenaan menentang bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin.

Ramanan menewaskan Khairy dengan majoriti 2,693 undi. Selasa lalu, beliau dilantik sebagai timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi.

Turut digugurkan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail sebagai naib ketua PKR Selangor, digantikan bekas Adun Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli.

Menteri Besar Amirudin Shari kekal sebagai ketua PKR Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.