Banjir: 2 PPS dibuka di Kuala Selangor

Banjir: 2 PPS dibuka di Kuala Selangor

Kesemua 75 mangsa terjejas berlindung di PPS SK Jaya Setia dan Balai Raya Parit Mahang.

Sebanyak 75 orang daripada 26 keluarga mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke 2 PPS sejak malam tadi. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Sebanyak 75 orang daripada 26 keluarga mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) sejak malam tadi susulan hujan lebat petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor memaklumkan, kesemua mangsa berlindung di PPS SK Jaya Setia dan Balai Raya Parit Mahang.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan aras Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor pula melepasi paras bahaya dengan 27.1m, namun dalam trend menurun setakat 9 pagi ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.