
Tunku Azizah dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DK).
Sultan Sharafuddin turut berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (Kelas Kedua) (DKII) kepada Ahli Dewan Diraja Selangor Tengku Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj.
Panglima Angkatan Tentera Mohammad Ab Rahman, Ketua Polis Negara Razarudin Husain dan Pengarah Urusan YTL Power International Bhd Yeoh Seok Hong pula menerima Darjah Kelas Pertama-Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri.’
Turut dikurniakan darjah kebesaran ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Haris Kasim dan Perunding Urologi Pusat Perubatan Subang Jaya Dr Tan Hui Meng yang menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS)(Kelas Pertama), membawa gelaran ‘Datuk Setia.’
Sementara itu, Pegawai Kewangan Negeri Selangor Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin mendahului senarai sembilan penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita.
Turut menerima anugerah sama termasuk Duta Besar Malaysia ke Jerman Adina Kamarudin, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, Hakim Mahkamah Rayuan Collin Lawrence Sequerah dan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Nooh Gadot.
Penerima lain Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor Ng Suee Lim, Timbalan Pengerusi Berjaya Land Bhd Robin Tan Yeong Ching, Naib Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif United Plantations Bhd Carl Bek-Nielsen serta Pengurus Besar Royal Selangor International Sdn Bhd Yong Yoon Li.
Istiadat berkenaan turut menyaksikan 13 individu menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita.
Mereka ialah Panglima 10 Briged (Para) Markas 10 Briged (Para) Khairul Azmizal Ahmad Natal, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama Fazal Abdul Rahman, Panglima Wilayah Laut 2 Markas Tentera Laut 2 Khir Junaidi Idris, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya Mohd Fauzi Mohd Yatim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan.
Turut menerima DSIS ialah Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor Yusri Zakariah, Timbalan Mufti Negeri Selangor Miszairi Sitiris, Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Ahmad Kamarunzaman Mehat, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Hakimah Mohd Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif Ekuiti Nasional Bhd Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir.
Penerima lain Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat Philip Tan Puay Koon; Ketua Pegawai Pelaburan, Pelaburan Persendirian dan Strategik Permodalan Nasional Bhd Rizal Rickman Ramli serta Ketua Pegawai Kandungan Kumpulan Media Star Bhd Esther Ng Sek Yee.
Selain itu, 15 individu menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) antaranya Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor Wan Md Razali Wan Ismail serta Pakar Perubatan Patalogi Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Dr Nur Ayutimasery Abdullah.
Tiga belas individu pula menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) termasuk Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim serta Ketua Unit Hadis dan Penyelidikan, Kolej Universiti Islam Selangor Mohd Khafidz Soroni dan Pengurus Besar Pemasaran Tabung Haji Travel and Services Nik Zuraini Mohd Khushairi @ Zulkifli.
Pada istiadat berkenaan, 15 individu turut menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS), 16 menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS), dua menerima Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor (BKS) dan tujuh menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC).